Sebelum sesuatu
jalan dibina, terdapat beberapa faktor yang perlu di beri pertimbangan untuk
meastikan lokasi jalan yang dipilih adalah sesuai dan terbaik. Di antara
faktor-faktor tersebut ialah:
Keadaan Topografi
Bentuk
muka bumi sesuatu kawasan akan mempengaruhi kapasiti sesebatang jalan,
kesesuaian tujuan pembinaan jalan dan kos yang akan terlibat. Bentuk muka bumi
yang berbukit akan melibatkan kerja tanah yang banyak seterusnya meningkatkan
kos pembinaan disamping menghasilkan jalan yang berkapasiti rendah disebabkan
laju rekabentuk yang rendah. Jalan melalui kawasan berbukit mungkin sesuai
untuk tujuan peranginan dan bersiar-siar tetapi tidak sebagai jalan utama.
Ciri-ciri tanah
Ciri
tanah berkait rapat dengan kos kerja tanahyang terlibat seterusnya kos
pembinaan jalan tersebut. Biasanya tanah yang kurang sesuai biasanya perlu
diganti atau dirawat sebelum kerja pembinaan di teruskan.
Alam sekitar
Pembinaan
jalan akan memberi kesan terhadap persekitarannya, oleh itu jalan mestilah
dianggap sebagai sebahagian daripada persekitaran tempatan. Kajian kesan alam
sekitar perlu dijalankan untuk memastikan projek yang dijalankan tidak akan
memberi kesan negatif terhadap persekitaran seperti habitat hidupan liar,
tumbuhan dan komuniti manusia.
Ekonomi/ Sosioekonomi
Kewangan
merupakan faktor yang perlu dipertimbangkan dengan wajar. Sebelum projek
dilaksanakan, kajian ekonomi perlu di jalankan untuk menentukan kos-benefit
yang kaan terlibat. Biasanya jalan asas menghubungkan dua tempat dibina
menggunakan peruntukan kewangan kerajaan manakala jalan alternative sekarang
ini banyak dibina dibawah projek penswastaan.
Politik
Jarang
menimbulkan masalah besar kecuali projek tersebut melibatkan beberapa Negara
yang berlainan yang mana persetujuan dari Negara yang terlibat perlu diperoleh
sebelum ianya dapat dilaksanakan.
Proses
pembinaan jalan melibatkan pelbagai tahap iaitu :
1. Kerja
ukur dan penjajaran
2. Pembersihan
tapak
3. Kerja
tanah
4. Kerja
perparitan
5. Kerja
jambatan
6. Kerja
turapan
7. Kerja
kemasan
Kerja Ukur dan Penjajaran
Kerja ukur dan
penjajaran jalan biasanya melibatkan kerja pengukuran dan pengiraan sudut
mendatar dan pugak, jarak mendatar dan ketinggian.Data yang diperolehi
kemudiannya digunakan untuk menghasilkan peta asas, peta kontur, keratin rentas
dan sebarang lukisan yang diperlukan.Teknik kerja ukur telah banyak berubah
sengan adanya peralatan terkini dan perisian computer. Terdapat empat tahap utama
dalam kerja ukur dan penjajaran iaitu :
- Ukur peninjauan bagi kawasan cadangan- membuat tinjauan awal kawasan yang dicadangkan dan mengumpul data berkaitan dengan bentuk muka bumi di mana jalan akan dibina supaya anggaran kos bagi sesuatu penjajaran dapat dibuat.
- Ukur tinjauan bagi alternatif- setelah laluan alternatif ditentukan daripada tahap 1. Tinjauan lebih terperinci dan lebih dekat dilakukan terhadap laluan-laluan yang telah dikenalpasti untuk menentukan laluan terbaik.
- Ukur permulaan bagi laqluan terbaik- selepas laluan terbaik di tentukan dari peta, ukur permulaan secara terperinci dilakukan. Biasanya ini dilakukan dengan kaedah ukur di tanah. Data yang diperolehi dimasukkan ke dalam computer dan dengan bantuan perisian tertentu, rekabetuk geometri, pelan, keratin rentas dan memanjang, dan lukisan terperinci dapat dihasilkan.
- Kerja ukur penandaan tapak- berdasarkan lukisan yang dihasilkan kerja ukur di tapak dijalankan untuk menentukan hak jalan. Kerja ukur aras, pejajaran, penandaan garis tengah jalan, dan titik penting.
Pembersihan
Tapak
Pembersihan
tapak merupakan langkah pertama sebelum kerja pembinaan lain dijalankan. Tapak
jalan mungkin berada di kawasan luar Bandar atau Bandar. Pembersihan tapak di
kawasan luar Bandar melibatkan tiga proses iaitu:
1. Pembersihan
permukaan ( clearing ) – pembuangan segala objek yang terdapat di atas
permukaan bumi seperti penebangan pokok, pemotongan ranting dan segala struktur
kecuali dinyatakan.
2. Pengorekkan
( grubbing ) – pembuangan segala rumput –rampai, akar, tunggul dan apa juga
struktur di bawah tanah ppada kedalaman sekurang-kurangnya 500mm di bawah aras
bumi.
3. Pengikisan
tanah atas ( stripping of topsoil ) – pengikisan tanah atas asal ke kedalaman
sekurang-kurangnya 100 mm di bawah aras bumi, melonggokan untuk digunakan atau
membuang.
Kerja
pembersihan, pengorekan dan pengikisan perlu di jalankan di semua bahagian
laluan jalan dan tambakan.Bahan yan boleh dibakar dikumpulkan di rezab jalan
dan dibakar.Jika tidak semua bahan buangan mestilah dibuang di tempat
pembuangan bahan pepejal yang di benarkan.
Kerja
pembersihan di kawasan Bandar pula biasanya mengambil masa yang panjang dan
melibatkan kos yang tinggi. Pemindahan dan penempatan semula kemudahan dan
struktur di atas dan di bawah tanah perlu dilakukan. Butiran seperti lokasi
paip air, talian elektrik, telifon, gas dan lain-lain perlu di ketahui bagi mengelakkan gangguan dan untuk
kerja penempatan semula.
Setelah kerja pembersihan selesai, ukur keratin rentas
di buat dan tanda potongan dan tambakan di pasang.Satu lagi aspek yang perlu
diberi perhatian adalah ganguan terhadap aliran lalu lintas dan hendaklah
diminimumkan dengan menyediakan lencongan atau laluan lain yang setaraf.Tanda
isyarat dan arahan mestilah dipasang untuk memastikan keselamatan pengguna
jalan raya.
Post a Comment