Di dalam kehidupan
seharian kita tidak menyedari akan masa yang berputar sehingga kita menyifatkan
“Rasa sekejap jer dah umur 26 tahun”. Pemikiran kita telah bertukar akan
peristiwa pahit dan manis di masa silam. Memang kita mempunyai sifat dan rasa
yang cukup dalam bila terkenang akan sesuatu yang lalu.
(AKU
LELAKI) – Sekolah Menengah
Akan tetapi, yang
kita akan katakan pada diri adalah “SWEETNYER”!!! Semestinya kita akan terpikir
akan kisah CINTA kita terdahulu dengan seseorang yang kita sayang yang menyemat
dan diikat teguh akan hati ini.
Zaman sekolah
dahulu kita sering dikejarkan dengan sifat cinta akan seseorang gadis yang kita
cinta, yang kita sayang dan sangjung tinggi lebih daripada menyayangi diri kita
sendiri. Yelah kan, kita akan sentiasa memberi janji-janji manis dalam kiasan
kata:-
“Lautan
Api pon sanggup aku renangi”
“Gunung
yang tinggi pon aku sanggup redahi”
“Aku
akan jadimu seorang isteri”
Ini cinta dinamakan
cinta sejati “OPSS” yeke??? Di zaman sekolah Cinta memang akan memberi impak
yang besar terhadap diri sebagaimana lebih tercapai atau terlebih sudah.
Maksud saya dalam
rangkap tercapai tu:- Dapat memberi manfaat dalam pembelajaran kita, dalam kita
bercinta, ia akan memberi kita semangat untuk teruskan pembelajaran dan
mempunyai sifat yang cekal akan kehendak kita di masa akan datang. Ini boleh
disifatkan seorang lelaki yang mempunyai pemikiran yang lebih jauh dan
mendalami apa yang di hendakan dengan gerakan kata hati. Dia ini selalu memcari
cinta yang suci disamping diredhoi dan berusaha dalam apa jua keadaan
samada dalam pembelajran dan lain-lain. Tujuan
cinta seorang ini adalah ikhlas. Pandai-pandai korang sambung yer.
Maksud rangkap Terlebih Sudah:- Tidak memberi apa-apa
kesan terhadap diri atau memberi kesan yang agak tajam seperti pedang menusuk
hati ibu bapa. Dari segi pembelajaraan memang merosot, kerana hati berpaling
tadah dan pemikiran kucar-kacir dengan cintanya. Apa yang difikirkan hanya
untuk mendekati cintanya sahaja (Seorang Wanita). Yelah buat faham-faham lah. Asyik
nak jumpa jer, kan dah lain jadinya.
(Kisah
Saya)
Dalam cinta saya,
pernah saya menyukai seseorang hamba ini. Saya merasa tidak sedap hati dan
ingin text dengan dia. Malam tu jugalah saya berterus terang. “Mengapa saya
suka dia”, :
“Perbualan
dan sifat dia di depan mata memberi kemanisan di hati”
“Menjaga
kehormatan dan talian dengan yang Maha Esa”
“Hormat
dan etc.”
Humm… best kan, nie lah membuat hati saya terbuka.
Masa tu dah umur 21 kot. Masih muda kan, tetapi saya mempunyai prinsip2 yang
teguh. Hehe… Dalam perbualan text tu:-
Aku : Salam… tgh
wat pe?
Dia : Wasalam… baru
jer habis mengaji. Kenapa awak msg saye?
Aku : Yelah….
Dia : Yelah ape?
Aku : Yelah aku dah
suka kat engkau, hati aku dicuri oleh engkau.
Dia : Betulke?
Aku : Yer lah betul…
(dalam hati aku > alhumdilillah dia terima kot)
Dia : “Dalam islam
xde maksud nak couple2” kalau nak terus merisik ke ape ke. Saya hanya terima
seadanya.
Aku : (Hati
berkata: kan masih belajar, nak kawen ape, ekonomi sendiri pon taka de, nak
jaga anak orang).
Aku : Oklah tak pe.
Salam.
Dia : Wasalam.
Wah, hebat bukan,
inilah yang saya alami dulu. Memang memberi makna yang sungguh dalam. Ini
adalah nasihat yang paling bermakna bagi saya walaupon terlepas dia, tetapi
words tu saya mark. Heheh.. Alhamdulillah, jadilah saya seperti ini.
Jadi berpatah balik
dengan keadaan di atas. Saya suka mengulas akan rangkap terlebih sudah. Mengapa? Terlebih sudah ini merangkumi lelaki yang
mempunyai sifat yang berbahaya (bukan semua) tetapi segelintir. “(Saya lelaki
saya tahulah)” Yelah selalu mereka cakap aku boleh memilih lagi, 2 or 3 orang
pon tak ape “Sebab aku bujang”.
Memang boleh
memilih, tak salah pon memilih, yang salah disini, jangan main perasaan seorang
dengan kepentingan sendiri. Yelah Sering sangat berlaku, kalau dah dapat yang
terlebih sudah tu, tunggu lah, adakah ia akan bertanggungjawab atau main lepas
jer. Heheh.. korang ikir lah sendiri. Selalunya, melepaslah bukan nak bawak ke pelamin
pon. Nie lah saya boleh ketegorikan sebagain CINTA ATAS NAFSU.
Cinta
atas nafsu ini akan banyak alasan atau kata2 yang sweet
dikeluarkan dari mulut. Yelah nak dapat kan. Mestilah pandai pujuk rayu.
Lagi-lagi berduaan. Habislah…
Kepada Kaum Hawa
tu, Kuatkan iman anda dan sentiasa berwaspada dengan cinta anda. Biar cinta
kita jauh lebih baik dari Mendekati. FAHAM… tu jer lah… Walaupon singkat.
Nasihat diatas, Sila fahami dengan Mendalam,
barulah dapat sesuatu arah dan tujuaan anda hidup.
"Cinta bukan mudah untuk Dicintai"
Promoxbuzz.com
Post a Comment