Apakah yang anda tahu tentang Keupayaan Galas Tanah (Soil
Bearing Capacity)
Keupayaan Galas Tanah adalah amat penting dalam topik pembelajaran di dalam
kejuruteraan tanah iaitu Kejuruteraan Geoteknik.
Keupayaan Galas Tanah ditafsirkan sebagai Keupayaan bawah
tanah dan permukaan tanah menyokong apabila dikenakan beban.
Keupayaan Tanah juga ditafsirkan sebagai jumlah purata
tekanan dikenakan diantara asas (foundation) dan juga tanah agar tidak
terhasilnya kegagalan ricih (Shear Failure).
Kenapa Ujiakaji Keupayaan galas tanah diperlukan?
- 1 Kestabilan Asas berdasarka pada:
a.
Keupayaan Galas tanah di bawah Asas.
b.
Mendapan tanah di bawah Asas.
Terdapat beberapa kepentingan termologi yang berkaitan
Keupayaan Galas Tanah iaitu:
- 1. Ultimate Bearing Capacity (qu).
- 2. Net Ultimate Bearing Capacity (qnu).
- 3. Net Safe Bearing Capacity (qns)
- 4. Gross Safe Bearing Capacity (q1)
- 5. Net Safe Settelement Pressure (qnp)
- 6. Net Allowable Bearing Pressure(qna)
Ultimate Bearing Capacity (Keupayaan Galas Muktamad)
-
Adalah tekanan kasar di bawah tapak asas dimana
menyebabkan kegagalan tanah di dalam keadaan ricih.
Net Ultimate Bearing Capacity
-
Adalah jumlah peningkatan tekanan bersih di
bawah tapak Asas yang menyebabkan kegagalan ricih pada tanah.
Net Safe Bearing Capacity
-
Adalah tekanan bersih tanah iaitu beban yang
boleh dikenakan ke atas tanah dengan selamat dan hanya berlaku kegagalan ricih.
Gross Safe Bearing Capacity (Keupayaan Galas Kasar Selamat)
-
Adalah Maksimum tekanan yang boleh ditanggung
oleh tanah dengan selamat tanpa berlaku kegagalan ricih.
Net Safe Settlement Pressure (Tekanan Mendapan bersih
Selamat)
-
Adalah tekanan bersih (sebenar) tanah boleh
menanggung/menyokong tekanan tanpa melebihi mendapan yang dibernakan.
Net Allowable Bearing pressure (Keupayaan Galas yang
dibenarkan)
-
Adalah tekanan galas sebenar boleh digunakan
untuk rekabentuk Asas.
-
Amat penting untuk mengetahui keupayaan galas
tanah dibenarkan agar tidak berlaku kegagalan tanah seperti kegagalan ricih.
Allowable > Design Load.
Ujian yang dilakukan untuk mengatahui keupayaang galas
tanah.
- 1. Field Test (Ujian Ditapak)
- 2. Lab Test (Ujian Makmal)
Post a Comment