PROMOXBUZZ FX

Promoxbuzz Natural To Street

Promoxbuzz Natural To Street

Saturday, June 18, 2016

Ujian Had Atterberg (Had Plastik)





Seperti yang diketahui, ujikaji had atterberg hendaklah dilakukan. Ia adalah langkah asas untuk mengetahui kandungan asas air di dalam tanah yang berbutir halus. Had Atterberg boleh ditafsirkan sebagai langkah asas bagi menilai kandungan air didalam tanah seperti had perngecutan, had plastik dan had cecair. Sebagai contoh, tanah liat yang kering adalah memerlukan sejumlah air, dalam masa tersebut, perubahan dramatik dan berbezaan dalam tingkah laku dengan konsisten.

Di dalam blog ini akan membincangkan Ujian Had Atterberg bagi had plastik (PL) pada tanah. Had Plastik di mana kadungan air di dalam tanah mula menunjukkan runtuhan apabila digulung menjadi saiz yang telah ditetapkan iaitu 3.2mm diamter (kira-kira 1/8 inci). Selain itu ia boleh ditafsirkan sebagai Kandungan kelembapan di mana perubahan tanah dalam keadaan separuh pepejal. Prosedur ini ditakrifkan di dalam piawaian ASTM D 4318. 

Had Plastik tanah adalah di dalam keadaan separuh pepejal. Sebagai Contoh, jika tanah diambil mempunyai kandungan kelembapan yang mencukupi (separuh pepejal), ia akan menunjukkan sifat-sifat plastik pada tanah. 

Indek Plastik 

Indek Plastik atau Plasticity Index (PI) adalah diukur pada tanah di dalam keadaan separuh pepejal (plastik). Indek plastik ialah julat kandungan air yang memberi sifat plastik pada tanah. Indek plastik adalah berbeza di antara had cecari dan had plastik (PI = LL-PL) iaitu diukur dengan Had cecair ditolak dengan had plastik. Tanah yang mempunyai ukuran Index plastik yang tinggi cenderung kepada tanah liat (Clay Soil) dan sebaliknya cenderung kepada tanah berkelodak (silt). Jika PI = 0 dipanggil bukan plastik cenderung kepada sebahagian dari tanah berkelodak dan tanah liat. 

Maksud ringkas PI. 
  1. (0 - 3) -  Non Plastic
  2. (3 - 15) - Sightly Plastic 
  3. (15 - 30) - Medium Plastic
  4. more than 30 - Highly Plastic 

Share this:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 ProMoxBuzz. Designed by OddThemes