PROMOXBUZZ FX

Promoxbuzz Natural To Street

Promoxbuzz Natural To Street
Showing posts with label Travelling. Show all posts
Showing posts with label Travelling. Show all posts

Tuesday, May 8, 2018

Taman Negara Bako, Sarawak

Salam Sejahtera, 

Kali ini aku nak cerita tentang Perjalanan Ke Taman Negara Bako (Trip To Bako National Park) pada tahun ini. Tak sempat nak pergi trip ke luar negara atas urusan kerja melambak dekat pejabat. In sha Allah, dalam masa terdekat nak jugak pergi ke Ranjani, Indonesia. Dengar-dengar sana lagi syok untuk treakking. Tak pe, kalau ade rezeki aku pergi lah dengan member-member aku. Cukuplah dalam Malaysia jer. Itu pun tak habis nak naik gunung kat Malaysia nie, ade hati pulak aku nak naik gunung kat luar negara. Tak salah nak pergi tapi stamina kena kuat. Sebab ade jugak kita naik tu ambil masa 1 hari untuk sampai ke puncak. 

Aku cerita pasal trip aku kat Taman Negara Bako, Tak jauh pon dari Bandar Kuching. Ambil masa 1 jam jer. Kalau laju lagi cepat sampai. Jangan Takut, Ambil Masa setengah hari jer dah boleh balik ke rumah balik. 

Aku berangkat dari rumah jam 7 pagi dan sampai ke pangkalan/jeti aku naik speed bot lah. Speed bot tu murah jer dalam RM40 seorang. Jangan ingat RM90/sorang. Hanya RM40/sorang jer. Nak cakap tempat park kereta, memang banyak lah kawan-kawan. Korang Park jer dekat sana. Mesti korang tak tahu mana tempat jeti tu.. Nie aku bagi peta dengan korang. 

Taman Negara Bako

Jeti Bot dan Park kereta Bako

Aku bagi peta kalau korang tak tahu lagi, Kalau korang sesat panggil jer pak GPS untuk tunjuk jalan ke Jeti bot Bako tu. Kalau sesat juga aku tak tau lah nak cakap apa. A..lah Jangan korang risau tak sesat punye kalau dah ade GPS. Tak de GPS, Boleh pakai telefon pintar korang. 

Perjalanan dari Jeti bot ke Taman Negara Bako Jeti makan masa dalam 30 minit kawan-kawan. Dalam masa perjalanan tu, korang boleh enjoy dengan pemandangan yang korang lalui. Jangan tak ambil gambar dan video, nanti rugi tau. Aku nak share sikit gamabr ape yang aku ambik.. 

Nie gambar perjalan kite orang baru berangkat dari Jeti Bako 

Keindahan di Pagi Hari






Peta Taman Negara Bako



Jeti Lame nie, Nielah tempat pemandangan di Jeti Taman Negara Bako

Seterusnya Kita Orang dalam  perjalanan Nak pergi Teluk Pandan

Perjalanan tidak lah makan masa dalam 7 jam, Jangan korang takut. Hanya ambil masa 2 atau 3 jam jer untuk 2.7km. Kalau korang jenis cepat jalan. So, cepat jugak sampai ke teluk pandan. Aku share  gambar kite orang masa perjalanan menuju ke distinasi sambil melihat/memerhati alam semulajadi (Flora dan Fauna). 

 







Inilah tempat yang kite orang tempuh 

Kite orang sampai dah  di Teluk Pandan (Pandangan Atas)

Cantik dan tenang

Pantai Teluk Pandan








Banyak kan, Semua batu2, tapi menarik dan cantik. Rugi tak pergi, Kalau ade peluang lagi nanti aku pergi lagi. 

Perjalanan Balik kite orang (Sempat ambil gambar lagi)

Korang jangan risau, kos keseluruhan tak lah sampai RM100. 

Kos pendaftaran : RM10/org (untuk masuk)
Kos Bot              : RM 40/org (Nie kos ulang alik) 
Kalau korang nak orang bot tu ambil korang di Teluk Pandan kene ade additional pembayara : RM 10/org 

Lah Total semua: RM 60/org jer. Tak lah sampai RM 70. 

Nak Share sikit video untuk tatapan korang, Manelah tahu korang akan pergi melancong Taman Negara Bako nie kan. 




Monday, October 17, 2016

Travelling To Gua Niah

GUA NIAH DESTINASI PELANCONGAN


Pasti ada pernah dengar pusat perlancongan "GUA NIAH" yang terkenal dengan batu kapur (Limestone). Sungguh menarik dan mengagumkan. Kalau tengok dalam buku sejarah memang tak puas! apatah lagi kalau korang tengok dalam TV, lagilah tak puas. Mesti teringin nak tengok dan masuk sendiri ke dalam gua niah nie. 

Ternyata memang "Awesome" sehingga tak sangka begini rupa gua niah. Nice beb!!! Rugi kalau tak pergi. 

Kalau korang nak tahu, perjalanan agak jauh sehingga 1 jam untuk sampai destinasi pertama gua niah nie. Ya mesti nak tahu kan berapa yuran masuk. Ewh, tak mahal pon, hanya 10RM jer. 

Persiapan kene ade k, Jangan jadi macam saya, Semua tak bawa. kasut pon koyak. Tak pe!!! Sebelum korang planning nak pergi ke sana kenalah buat persiapan, perjalanan jauh tu beb!

Persiapan: 
1. Torchlight kene ade setiap orang, masuk nanti gelap tau. Kalau tak bawak, boleh sewa - 1 nos - 5RM jer. 
2. Stamina - ini gak penting kerna naik turun tangga. Inilah memenatkan sehingga terduduk sementara. 

Selepas korang sampai, korang kene beli tiket dulu sebelum menyeberangi sungai. Ade bot tau. jangan cakap tak de. menyeberang tu tambang tak lah mahal dalam 1RM satu arah. 

Sebelum nak pergi tu, ambik gamabr kenangan dulu kan. 

Lepas seberang sungai, bersiap sedialah korang untuk perjalanan agak jauh kalau ambil masa kalau laju 30 minit paling lambat 1 jam. Jangan risau ade orang buat jualan sebelum memasuki Gua Niah. Rehat dulu sebelum korang masuk. 

Cabaran baru jer bermula, perjalanan menuju ke Gua Niah, Kite orang sampai pukol 7. Barulah segar nak jalan-jalan. Naik bukit turun bukit. Hehe... Jangan risau korang akan rasa kesegaran bernafas kat sana. 

Ini lah permulaan korang nak masuk nanti, nampak tangga tu, huh.. baru sikit. Nanti ada banyak lagi di dalam. hehehe.. 

Seterusnya, nie permulaan korang nampak. relax belum masuk Gua lagi nie. baru destinasi pertama. 
Cantik kan!!!

Inilah destinasi kita "GUA NIAH"

Rumah nie dok terbayang masa belajar dulu dalam buku sejarah. Sekarang dah boleh tengok depan mata. 

Tengok tangga tu, lepas nie korang naiklah, Kalau dah sampai sana, habiskan perjalanan sampai hujung. Hehe. baru puas!!!

Awesome kan. "Gua Niah"

Lepas jer habis perjalanan dalam gua niah kita teruskan perjalanan ke Painted Cave 2.


Nie lah destinasi terakhir "Painted Cave 2"

Point terakhir "Painted Cave 2"

Lah, kan best ambik masa beberapa jam baru sampai ke point terakhir, Nak balik tulah masa dah malas2. Hahahaha... Stamina kenelah kuat k.. Kalau x de pon, Slow2, jangan nanti sakit kaki. 

Kungjungilah GUA NIAH k. jangan korang lepas peluang. Nanti2 pergilah MULU, baru dapat tengok kelawar keluar dari GUA. 

 
Copyright © 2014 ProMoxBuzz. Designed by OddThemes