PROMOXBUZZ FX

Promoxbuzz Natural To Street

Promoxbuzz Natural To Street

Sunday, September 3, 2017

Lepasan Ijazah dan Diploma dalam Memilih Kerjaya

Salam Sejahtera, 

Sering kali kita dengar lepasan ijazah dan diploma mahupun peringkat seterusnya untuk mencari kerjaya kerja di alam industri pekerjaan di luar sana adalah amat membinggungkan/payah. Selain itu, pemintaan sesebuah firma inginkan pekerja yang mempunyai pengalaman dalam bidang tertentu sedangkan lepasan ijazah muda/diploma/ijazah dan PHD tidak dipandang endah. Bagi saya sudah beberapa tahun dalam bidang kerjaya ini, ingin share serba sedikit apa sebenarnya berlaku terhadap permintaan oleh pemilik syarikat atau sebaliknya. 

Sebelum saya menerangkan lebih lanjut, saya ingin bertanya kepada anda adakah:-

1. Anda bersedia untuk bekerja dalam bidang yang anda hendaki?
2. Anda mempunyai satu sikap kerja dalam satu kumpulan/kelompok yang besar.?
3. Anda ilmu yang anda pelajari boleh memberi anda manfaat terhadap kerjaya yang anda ingin harungi?
4. Anda boleh bekerja lebih masa tanpa mengira masa dan waktu? 
5. Anda boleh buat setiap skop kerja anda apabila dalam industri kerja?
6. Anda boleh memberi sesuatu pandangan luar kotak?
7. Anda seorang yang ingin dalam proses pembelajaran dalam industri kerja?
8. etc...

Perkara di atas adalah amat penting untuk seseorang melalui alam kerja. Ini disebabkan oleh pilihan seseorang atau pendirian seseorang untuk memilih kerjaya masing-masing. Anda boleh berfikir akan perkara tersebut dan membuat keputusan yang terbaik. 

Bagi saya, ia amatlah penting dan memberi maanfaat pada saya sendiri untuk masa depan saya sendiri. Walaupun pahit manis yang dilalui dalam proses pembelajaran dalam industri ini, saya akan tetap membuat sesuatu yang saya rasa tidak boleh tetapi hakikatnya saya boleh melakukannya. *Nasihat*

Baiklah, banyak yang terfikir akan Gaji (Salary) yang tinggi selepas belajar (Ijazah/diploma) sedangkan tawaran gaji kerja tidak jauh daripada pada yang mereka fikirkan. Sekarang, kalau anda tidak memikirkan hal salary kecil, anda akan accept apa yang ditawarkan oleh pihak firma bermaksud anda adalah orang yang boleh melihat masa depan anda dengan cerah. Ini bukan alasan (Untuk saya sendiri)

Faktor kenapa masih banyak lepasan ijazah/diploma menganggur? 

1. Memilih - tempat/kawasan/keadaan/kerja.
2. Gaji        - Jauh daripada apa yang anda tafsirkan.
3. Terlalu Jual Mahal.
4. Bidang   - Bidang tidak bersesuaian.
5. Mencari kerja - Sikap Malas nie. 
6. Kurang bergaul.

Bagi saya lebih penting adalah mendapat ilmu dalam proses pemelajaran dalam industri pekerjaan dan pro-aktif bergaul. 

Itu jer, accept jer apa yang anda itu adalah penting. 



Share this:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 ProMoxBuzz. Designed by OddThemes