PROMOXBUZZ FX

Promoxbuzz Natural To Street

Promoxbuzz Natural To Street

Sunday, October 16, 2016

Loan Tak Lepas Sebab PTPTN

Sekarang nie pihak PTPTN dah kenakan CCRIS dalam sistem mereka!!!

Kalau tak ada bayaran balik memang tak boleh buat pinjaman. Kesian tengok student yang baru lepas universiti. Lebih kesian tengok pelajar dari diploma, dalam melanjutkan pelajaran ke ijazah pon dah ada tunggakkan.

Inilah yang terjadi dengan saya, Baiklah tip-tip yang mudah untuk melangsaikan tunggak PTPTN. Janji ada simpanan jer. Kalau yang dah kerja tu mesti dah ade simpanan kan!!! Bayar jer lah tunggakkan tu atau KWSP.



1. Pergi ke pusat/cawangan PTPTN, Cakap dengan mereka nak langsai tunggakkan. Mesti korang akan terkedu tengok tunggakan + Admin fee.

2. Selepas tahu nilai bayaran, just cakap dengan mereka nak langsai bayaran yang paling minimum boleh dibayar. Mesti dieorang akan uruskan. Kalau nak keluarkan KWSP pon boleh.

*Untuk pengeluaran KWSP, Korang pergi jer kat KWSP, cakap nak keluarkan akaun ke-2 untuk langsai tertunggak PTPTN. Nanti mereka pandai2lah atur. kalau mereka mintak surat dari PTPTN. Pergi balik ke PTPTN. Pihak KWSP akan transfer terus ke PTPTN. Biar mereka selesaikan. Kita duduk relax jer. Tunggu keputusan.

3. Korang cakap lah restructure balik bayaran balik untuk PTPTN loan korang. Nanti adelah perjanjian baru untuk pinjaman korang. (2 sets)

4. Dah tu, Bagitau saya nak bayaran bulan yang paling minimum. (ini yang penting) Kalau tak silap minimum die RM100.. Korang boleh adjust 109RM ke. itu terpulang pada korang nak buat berapa banyak bayaran. Kene tengok kemampuan dan komitment.

5. Dah buat bayaran min. selesai dah.

6. Jangan lupa minta Surat dari PTPTN untuk pengesahan bayaran yang tertunggak. Surat/official Letter nie yang penting untuk korang bawa ke BANK ke kalau nak buat pinjaman. ASB loan pon kene bagi jugak. bukan rumah dan kereta jer secara keseluruhan.

7. Dah selesai, Pesanan saye, jangan buat lupa2 bayar bulan noh.

Kalau kes saya nie memang tak boleh pergi ke cawangan PTPTN, duduk dan kerja jauh pendalaman kan. Heheheh.. 

Kalau korang dalam keadaan saya pon boleh langsai lagi tertunggak tu. Dengan satu call pada pihak PTPTN ataupon pihak incharge korang. Setiap negeri ade. Kalau saya terus direct ke pusat PTPTN di Kuala Lumpur.

Alah Call jer, dah tu die tanye berape min. tunggakkan boleh dibayar. nanti dieorang akan bagitaulah.

Lepas tu pihak PTPTN akan bagi email/whatapps dengan die lepas pembayaran tunggakkan dah siap. Kene bagitau berapa min. bulanan yang perlu dibayar selepas restructure.

Pakai jer MAYBANK2U buat bayaran, serahkan bukti/pengesahan pembayaran dengan mereka. Nanti mereka akan buat satu perjanjian baru mengenai pembayaran balik melalui email. Print out 2 sets untuk mereka.

Lepas siap semua tandatangan dan setem hasil (tak perlu matikan),and then pos balik dengan mereka. Itu jer, Ade satu borang untuk potongan autodebit (Kalau korang nak isi itu terpulang). Bagi saya tak perlu kot. Lebih baik kita sendiri bayar melalui MAYBANK2U. Mudah di hujung jari jer.

Sebelum nak pos tu, suruh pihak PTPTN semak dulu, Scan and Email. Nanti mereka balas, Lengkap!!! Boleh proceed postage.

Pesanan saya, Jangan lupa minta pengesahan/official letter dengan pihak PTPTN yang kita nie dah buat bayaran untuk tunggakkan. Ok!!!

Itu jer lah. Settle.

Dah Selesai. Bayaran Bulan min. Dah boleh senyum dah. Dah boleh buat pinjaman bank. Beli rumah cepat2. Kereta jangan dulu. Rumah yang penting.

Pesanan Saya jer.

Lebih Baik Membuat Bayaran Daripada Tak Buat (Nanti Muram muka kalau tak lepas Loan Kereta/Rumah).

Dari, (Admin)

Share this:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 ProMoxBuzz. Designed by OddThemes