Resepi Ayam Masak Merah yang sedap!
Dalam masakan semua bahan-bahan yang sam jer semestinya bawang merah, putih, besar, halia dan juga serai. Korang dah ada bahan-bahan ini pun cukup!!! Kalau ada pertambahan lagi seronok memasak wah mesti sedap kan. Jom Kita Mulakan!!!
Bahan-Bahan:
1. Bawang Merah
2. Bawang Putih
3. Bawang Besar
4. Halia
5. Serai
6. Asam Keping
7. Santan
8. Cili Kering
9. Basil Leaves Herb
10. Paprika (Spice)
11. Cengkih
12. Bunga Lawang
13. Pelaga
14. Kayu Manis
15. Sos Cili
16. Kunyit
17. Ayam - 4 Ketul Paha dibasuh
18. Gula
Cara-Cara:
Ayam:
1. Masukkan kunyit dan garam (1/2 sudu) dan gaulkan sehingga rata. (Biar dalam 5 minit)
2. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Kalau masak sangat tak sedap.
Bahan-Bahan Dikisar:
1. Kisakan Bawang merah (4 biji), Serai (1 batang), Halia, Bawang putih (3 biji), Bawang Besar (3 biji), Cili Kering ambil secukupnya. Cili Kering direbus untuk memudahkan dikisar. Campur semua bahan dan kisarkan.
Penyediaan memasak:
1. Panaskan minyak dengan api yang sederhana.
2. Bawang merah (2 biji) Bawang Putih (2 biji) dan halia dihiris. Masukkan semua bahan hirisan ke dalam minyak disertai dengan kayu manis, pelaga, bunga lawang dan cengkih ke dalam minyak yang panas sehingga ia naik bau.
3. Masukkan semua bahan dikisar tadi (dengan api yang sederhana) dan Basil & paprika sehingga ia pecah minyak.
4. Masukkan sos cili (2 sudu besar) dan gula (3 sudu/ secukup rasa) kacaukan sehingga sebati.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng dengan segera dan kacaukan dalam 5 minit (api sederhana) sehingga pecah minyak.
6. Masukkan air sedikit, santan dan garam secukup rasa.
Post a Comment