PROMOXBUZZ FX

Promoxbuzz Natural To Street

Promoxbuzz Natural To Street

Saturday, December 26, 2015

Hukum Makan Belangkas

Kebiasaannya kita pernah mendengar dan melihat belangkas, ataupun korang pernah makan belangkas?

Belangkas adalah sejenis haiwan yang hidup di sungai atau laut masin, adakala di air tawar. Kebiasaannya, belangkas mudah ditangkap di tepi pantai atau di tepi sungai. Nama saintifik belangkas yang hidup di tepi pantai adalah TACHYPLEUS GIGAS dan ditemui di kawasan paya adalah CARCINOSCORPIUS ROTUNDICAUDA. 
Kebanyakan orang tidak mengetahui belangkas boleh di makan atau tidak? Ini disebabkan Belangkas boleh bertahan di daratan sehingga sehari atau lebih. Bak  kata orang " Mempunyai Dua Alam". Tak ape, Saya akan berikan penerangan lebih jelas melalui fatwa: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
 
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
     
  2. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.
Ulasan dari (E-fatwa.gov.my)


Share this:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 ProMoxBuzz. Designed by OddThemes