PROMOXBUZZ FX

Promoxbuzz Natural To Street

Promoxbuzz Natural To Street

Wednesday, June 15, 2016

Pengenalan Jalan Raya





Pembinaan dan pembangunan pada masa sekarang telah memacu ekonomi ke peringkat yang tidak dijangka (Inflasi). Dengan keadaan pembinaan dipenjurukan pada tempat pendalaman dan bandar-bandar dengan seimbang. Justeru, pembanggunan pada sesuatu tempat dapat memberi sumbangan pengukuhan ekonomi setempat. 
Mahupun di bandar dengan kepesatan kenderaan yang mendadak dan pengeluaran kereta yang moden. Namun, kesesakan tidak dapat dielakkan dengan memberi perhikmatan yang sepenuhnya. 

Mengapa pembinaan jalan dilakukan dan sekaligus memberi impak yang besar tehadap ekonomi setempat. Sebelum itu, kita akan bincangkan mengapa pembinaan Jalan Raya dilakukan terlebih dahulu. 

Impak pembinaan jalan raya telah memberi hubungan sesuatu tempat ke satu tempat memberi keselesaan terhadap pemandu kenderaan. Pada dasarnya, kita tahu bahawa kaedah pembinaan jalan raya menggunakan kaedah Macadam (iaitu tokoh yang mencipta jalan pada zaman dahulu). 

Jalan raya dibina dan direkabentuk perlulah memenuhi ciri-ciri yang tertentu iaitu: 

1. Kuat dan ketebalan yang mencukupi untuk menahan beban ufuk kenderaan berat yang menguna 
    jalan tersebut. 
2. Gravel (batu) yang digunakan untuk jalan mestilah melepasi Quantity Assurance and Quantity             Control (QA/AC) iaitu menepati piawaian yang telah ditetapkan dan hendaklah diturap. 
3. Keadaan pemukaan jalan raya mestilah mempunyai rintangan kecekapan. 
4. Pembinaan jalan raya juga hendaklah waterproof (kalis air). 
5. Mematuhi piawaian yang ditetapkan iaitu mengikut panduan JKR (standard JKR). 

Sebelum pembinaan jalan raya dikenalpastian dengan keperluan dasarnya. Perlulah diingat, ujikaji hendaklah dibuat terlebih dahulu seperti arus jalan, lebar, kesesakan di masa puncak dan sebagainya. Sebagai contoh, jalan yang mempunyai kepesatan, kemalangan yang tinggi dan juga konflik yang banyak. Jurutera akan memilih kesesuaian jalan yang hendak dibina dan mempunyai data yang kukuh. Disini, pemilihan dasar rekabentuk adalah penting bagi memastikan konflik, kemalangan dan kesesakan dapat diatasi dengan pembinaan jalan dan pengubahsuaian jalan. Tertakluk pada kepakaran masing-masing seperti membina lampu isyarat, melebarkan jalan, bualatan, dan flyover. 

Justeru, pemilihan menyeluruh akan dikaji dan dibuat dengan kos, masa hadapan dan sebagainya. Alternatif ini hendaklah diambil untuk dijadikan garis panduan bagi sesuatu pembinaan. 

Terdapat beberapa kaedah pembinaan. Ada juga yang menggunakan batu kasar atau 50mm DCR bukan hanya sekadar kita tahu subgrade/ formation level ini adalah berdasarkan pemukaan tanah sahaja. Itu adalah berdasarkan piawaian yang telah dipersetujui atau telah direkabentuk oleh perunding. Sememangnya, terdapat jalan persekutuan, jalan kampung dan jalan bandar. Pembinaan ketiga-tiga ini adalah berbeza.

Contoh lukisan jalan Raya 

Share this:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 ProMoxBuzz. Designed by OddThemes