PROMOXBUZZ FX

Promoxbuzz Natural To Street

Promoxbuzz Natural To Street

Thursday, June 2, 2016

Cara-Cara Buat Ayam Panggang

Salam,

Untuk mendapatkan rasa ayam panggang yang lebih sedap dan menyelerakan. Saya nak share sedikit ramuan dan bahan-bahan yang digunakan. 

Ramuan: 

(Khas untuk memerap ayam)
1. Bawang Putih 
2. Bawang Merah
3. Halia 
4. Serai 
5. Cili Kering
5. Gula Apong (Sarawak)/ Gula Merah/ Gula Melaka pun boleh.
6. Sayap Ayam/Paha or Daging pon boleh. 

Langkah-langkah memerap
  • Bawang Merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering dikisar halus.
  • Bawang merah hendaklah 2/3 daripada bawang putih. halia, serai dan cili kering hanya sedikit sahaja. 
  • Jika ingin pedas tambah secukup rasa cili kering.
  • Sediakan mangkuk/basin yang cukup besar untuk memuatkan ayam yang hendak diperap. 
  • Masukkan ke kesemua ramuan/bahan yang dikisar secukupnya dan masukan juga gula merah/apong. Kacau sehingga sebati sebelum memasukkan ayam. 
  • Masukkan ayam dan kacau sehingga sebati. Yang peting, rasa dulu untuk ramuan perap tu (Manis & Pedas). 
  • Masukkan Aji na moto dan garam secukupnya. 
  • Simpan di dalam freeze 1 malam atau 1 hari untuk bahan-bahan menyerap ke dalam isi ayam.

(Khas untuk perencah/sambal ayam panggang) 
1. Bawang Putih
2. Bawang Merah
3. Cili kering
4. Serai
5. Cuka 
6. Kicap Masin (optional) - Jika nak warna hitam (Jangan tambah garam)- dah masin pon.
7. Gula 

Langkah-langkah membuat sambal

  • Panaskan minyak di dalam kuali sedikit sahaja. Setelah panas masukkan bawang putih, merah, cili kering dan serai yang telah dikisar sehingga baunya menaik. 

  • Masukkan cuka secukupnya dan masukkan kicap masin dan gula, 
  • Rasakan sambal kita merasa pedas, manis, masin dan rasa cuka sedikit. Tambahkan "Secukup Rasa" atau aji na moto. 
  • Sedia Dihidang. 


Share this:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 ProMoxBuzz. Designed by OddThemes