Cara-Cara buat sup ayam tambah jagung.
Bahan-Bahan:
1. Halia2. Bawang Putih
3. Bawang Merah
4. Serai
5. Isi ayam/ Sayap Ayam
7. Jagung (Tin pon boleh)
Cara-Cara Masakan:
1. Kisar/tumbuk halia, bawang putih dan bawang merah sehingga halus. Halia dan bawang putih hendaklah dua kali ganda dari bawang merah.
Nilah hasil campuran semua bahan tadi (Masuk sedikit serai untuk menambah rasa)
2. Panaskan minyak secukupnya dan masukkan semua bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau/ garing dan juga serai.
3. Masukkan Ayam dan gaul sehingga baunya naik atau garing.
kenalah gaul dalam 10 minit (Kenalah monitor api)
4. Setelah ayam dan bahan-bahan garing, masukkan jagung untuk dan gaul selama 4 minit.
5. Masukkan air kedalam masakan dalam 150 ml atau 200 ml dan gaul. Tambahkan aji na moto dan garam untuk mendapat rasa yang lebih menyelerakan.
Siap boleh dihidang. kalau nak masuk yang bahan-bahan lain pun boleh.
Sekian,
Admin (promoxbuzz)
Post a Comment