PROMOXBUZZ FX

Promoxbuzz Natural To Street

Promoxbuzz Natural To Street

Monday, May 30, 2016

Alam Kerja Sebagai Jurutera

Salam Semua, 

Bila kita cakap Civil Engineering nie mesti kita teringat dengan scope kerja kita samaada dalam pengurusan kerja (monitoring / paperwork) dan sebagainya. Di dalam bidang kejuruteraan bukan sahaja kita tahu dalam pengurusan bahkan kita kene tahu lebih lagi secara teknikal (on site). 

Di dalam bidang saya sebagai monitoring  a project (bukan nak sombong or bongkah) tetapi realiti ape yang saya dah lalui walaupun tak selama manapun pengalaman saya tetapi cukup untuk saya menilai dari penilaian dan analisis saya terhadap kerja. 

Memanglah kita diberi tugas masing-masing di dalam dunia kerja. Yeke? yelah memang pun kena bagi task/scope kerja bukan nak sapu semua kerja nanti merana. Apa yang saya tengok di dalam dunia sebagai jurutera ini banyak benda yang kita kena pandang dan ambil tahu. Untuk pengetahuan umum, kita jangan berlagak buat pandai dalam alam kerja dan bukan nak buat sendiri kerja dan tidak ambil apa yang kita cadangkan, yang paling penting dalam alam kerja ni adalah teamwork. Teamwork boleh membantu kita untuk lebih maju dan terurus dalam menjalan satu tanggungjawab. kalau tak memang hancurlah.

Mostly saya nak katakan, ambilah candangan rakan-rakan sepejuagan, kalau tak betul kita jangan ambik kalau bermanfaat kita ambik. Itu jer, jangan terus membangkang (tak sedap dipandang oleh rakan2 lain). Di dalam industri pembinaan, kita bekerja dalam satu kumpulan yang besar dan mempunyai/menyumbangkan pendapat masing2. 
Baiklah di atas hanya nasihat jer, Berdasarkan ape yang saya lihat, kalau dalam kerja ini memang leceh dan tak terurus terutamanya yang implements di tapak bina. Yelah kite ini kan just office, tak tau pon apa yang tak kena di tapak bina. 

Ini khas buat Jurutera yang berada di tapak bina, Jurutera tapak kenalah tahu serba sedikit monitoring dan work progress on site dengan ikut apa yang telah dirancang di dalam monthly work progress (Work Programme) bukan setakat tahu arah orang dan teknikal jer dan juga just on calling tetapi dia sendiri tak tengok di tapak bina. Semua tu kena tahu bukan sekadar project engineer (office). Selain itu, jurutera tapak kena tahu apa perancangan dan target dia untuk keesokan hari (bukan hari ini baru nak merancang) dan mengikut apa yang telah dirancang di dalam work programme @ revised. Saya tahu, kalau ada masalah, kita kena tukar perancangan sedikit tak perlu nak ikut 100% di dalam perancangan yang telah dibuat. Atleast kita boleh ikut. kan2. 

Sebagai Contoh, Once ada problem untuk bina footing tetapi tempat satu lagi (nearly footing) dulu buat bukan makud nak tunggu tu dah selesai problem baru buat yang lain confirmlah delay. So, progress kita pon nampak tak sedap nak tengok. Heheh.. asik negetive jer kan. 

Itulah hakikatnya untuk menjadi seorang jurutera yang berjaya. Ikutlah procedur yang telah ditetapkan *(Kerja yang mempunyai perunding). 

Share this:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 ProMoxBuzz. Designed by OddThemes